Fitnah Hidup di Zaman Fitnah

penjara mukmin hadisFitnah adalah perkataan arab dan merupakan perkataan yang sinonim dengan agama kita. Ringkasnya fitnah itu membawa maksud ujian. Secara culture-nya, fitnah di kalangan masyarakat kita bermaksud tuduhan jahat/palsu oleh seseorang. Jadi tajuk di atas boleh dibaca:

 “Ujian Hidup di Zaman Fitnah” ataupun “Ujian Hidup di Zaman Ujian”

Penulisan di sini bukanlah berbicara daripada fakta yang tepat semata, jadi saya mohon cadangan, perbincangan, bangkangan, dan teguran atas apa jua tafsiran dan penulisan yang menyimpang.

Semoga post hari ni dapat ‘revive’ blog ni.

*

*

*

Alkisah saya telah pulang dari UK sebulan yang lalu, lalu fitnah-fitnah (read: ujian) di Malaysia, telah mengheret diri lemah gemalai tidak bermaya. Padahal duduk di rumah je, belum lagi keluar bersosial dan berhibur. Bacaan translation Al-Quran pon dah 20 tahun hidup belum mampu lagi dihabiskan. Apatah lagi tafsir semudah Zilal. Sedih.

Hari ini kita cuba buang sikap bertangguh, maka tertulislah post hari ini!

*

*

*

Refleksi translation hari ini:

Az-Zukhruf (Perhiasan Emas) ayat 7-9

43:7

 

 

7. Dan tidak ada seseorang Nabi pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.

43:8

 

 

8. Lalu Kami binasakan orang-orang yang lebih kekuatannya (dan lebih kejam serangannya) daripada mereka; dan telahpun disebutkan (berulang-ulang di dalam Al-Quran) tentang kisah-kisah dan misal perbandingan mengenai umat-umat yang telah lalu.

43:9

 

 

 

9. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:” Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”.

* * *

Orang terdahulu yang tidak beriman tetap mengakui penciptaan langit bumi ini daripada Tuhan. Namun disebabkan keangkuhan dan kejahilan mereka tidak beriman.

Orang zaman moden (kita semua) hidup di zaman fitnah, dimana ilmu sains itu menjadi fitnah terhadap keesaan Tuhan. Saya reword-kan; kita hidup di zaman ujian, dimana Tuhan menguji kita dengan ilmu sains; jika semakin beriman, maka anda lulus; jika semakin kufur, maka anda gagal.

Ironinya kita gugup ketika menduduki ujian Sains di dalam dewan perperiksaan, sedangkan kita relaks aje tatkala diuji oleh Yang Maha Mengawasi!

Apa guna 15 ribu pelajar straight A's SPM saban tahun, jika sekadar ilmu pada kulit buku.

Apa guna 15 ribu pelajar straight A’s SPM saban tahun, jika sekadar ilmu pada kulit buku.

[kredit]

Maka wujudlah golongan yang menafikan penciptaan, berdiri teguh dengan fakta sains dengan hati yang kosong.

Proses kehidupan batu

Proses kehidupan batu

[kredit]

Sains penciptaan universe

Sains penciptaan universe

[kredit]

Sebetulnya, ilmu sains itu menerangkan bagaimana Tuhan menciptakan alam ini dengan begitu precise dan complex, sehingga tidak mungkin proses-proses ini tiada pengatur dan pengawalnya.

Biology of cell, hampir lupa semua yang pernah belajar

Biology of cell, hampir lupa semua yang pernah belajar heh

     [kredit]

Masyarakat dahulu tiada beriman mengaku Tuhan, masyarakat kini tiada beriman menolak Tuhan. Semoga kita survive hidup zaman fitnah, amiin.

What say you?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s