Terminal 4, National History Museum and Kensington Garden

9 Jun 2012

Banyak tragedi yang menghalang blog ni diupdate dengan lebih frequent :\ Hari tu laptop rosak, kemudian memory card pulak (yang disangkakan hilang) dan yang terbaru card holder *worth £40*  yang memang betul-betul hilang. Harap-harap card holder tu main sorok-sorok kat celah barang-barang yang memang ‘super’ banyak dekat ruang tamu 102. Almaklumlah sekarang semua orang tengah busy packing.

Masa zaman homesick di MRSM Jeli dulu, ada pernah terbaca pepatah “kesusahan itu makin dihitung makin bertambah” yang dicat di dinding luar surau. Homesick ni bertambah-tambah bila masalah-masalah di asrama diungkit-ungkit dalam kepala. Maka berlalulah saat-saat homesick form 1 berbekalkan secebis ayat motivasi (dan call ibu kat rumah berpuluh-puluh kali seminggu gahaha)

Tips Hidup Ceria Sokmo : 

So nak relate dengan keadaan sekarang, sebenarnya tak sedar pon diri sendiri ni banyak masalah sebab tak dihitung masalah-masalah harian tapi bila tulis blog post ni baru perasan banyak ujian dari-Nya yang sentiasa ada untuk mengingatkan kita.

Terminal 4 

One by one intan permata di bumi London ni berangkat pulang ke Malaysia. Yang sedihnya bila ada yang BFG (back for good) which means pulang ke Malaysia selama-lamanya dan berjuang di tanah air tercinta *skrip drama* Tempoh belajar, mencedok pengalaman, dan menyediakan diri dengan dunia sebenar telah tamat. Kepada Khalil dan Aqmin yang telah berangkat, selamat menempuh alam realiti. Kami susuli perjuangan kamu.

Setiap pertemuan difitrahkan dengan perpisahan. Selamat jalan Khalil *lagu Sudirman – Terasing in the background*

National History Museum

Berpuluh-puluh minit dalam Piccadily line, kami bertiga turun di South Kensington untuk menghayati sejarah bumi di National History Museum.

Most of the time, gelagat budak-budak comel lagi menarik perhatian daripada apa yang dipaparkan dalam muzium. Anak orang je lah kita tengok, anak sendiri tak mampu kot berambut perang bermata biru *kecuali kahwin dengan mat saleh ahahaha* Tak perasan pulak kat mana parents kanak-kanak riang ni, tapi si boots merah tu memang marah-marah dengan British accent beliau yang teramat comel.

Kalau ada yang wondering apa sebenarnya yang kami (budak geologi) belajar, datang ke muzium ni. Everything that we learn is being showcased. Formation of rocks, movement of plate tectonics, earthquakes and minerals; I should have done my revision in this museum lol *suggestion from Za’ba*

Pameran ni turut menyentuh bagaimana sejarah bumi boleh dikaji melalui rekod-rekod pada batu. Even the grain size alone can tell us about the environment of deposition. Studying Geology is not just for the sake of intellectual purposes, we need the knowledge to exploit the Earth’s resources apart from saving lives in earthquakes or volcanic eruptions.

“…Dan kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya walaupun (Allah) tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Mahakuat, Mahaperkasa” . . . 57:25

Ni antara mineral-mineral yang tinggi nilai komersial. Mineral yang tak laku, semua gambar tak cantik ahahah

The Bird Group, in the Department of Zoology is pretty amazing with the collection of extinct birds. This cute girl above was enjoying her ‘educational’ trip with her mom. Pupuk budaya ilmu daripada kecik.

Tersangat distracted dengan budak-budak yang innoncent ni. Anak pak arab kat atas ni kecik-kecik dah pandai jalan di udara.

Walaupon outfocus gambar ibu dan anak ni sangat sweet *jiwa kebapaan*

Cuaca yang indah kami gunakan sebaik mungkin untuk menghayati kelazatan yogurt beku di Snog setelah lunch dengan kebab. Sekali sekala makan dessert.

Nah! Poskod paling mahal di Europe! Nak tinggal kat kawasan ni? Sediakan £3000 seminggu ahaha dan di sini jugalah terletaknya Imperial College *budak IC tak perlu takabbur*

Prince Consort Albert statue di hadapan Royal Albert Hall. Gambar Royal Albert Hall tak dapat diambil sebab pakai 85mm haihh

Kensington Garden

Sebahagian daripada Hyde Park yang menjadi lokasi riadah famili dan tupai. Disebabkan matahari terik sehingga sembilan malam, summer memang cuaca feveret mat saleh kat sini. Yang berkulit sawo matang ni ada chance untuk jadi lebih tanned dan mensia-siakan 8 bulan sesi mencerahkan kulit ahahahaha

Setelah solat zohor di Imperial College (IC) kami berjalan ke High Street Kensington melalui Kensington Garden. Suka dengan suasana taman di London. Hijau. Aman.

Jam 7.30 petang kami bergerak balik melalui Edgware Road, dan gambar random kek jalanan jadi santapan mata. Keluar tube station di Finsbury Park, balik ke bilik Za’ba, bid random stuff on ebay dan akhirnya tersedar yang debit card, nectar card, oyster card, dan cash £15 lesap dari penglihatan. Maybe pick pocket, maybe tercicir masa beli buah di luar tube station. Harap-harap misplaced je.

Sekian pos ke lapan!

2 thoughts on “Terminal 4, National History Museum and Kensington Garden

What say you?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s